Ayu sungguh Zakiah anak Pak Bakri lenggok berjalan di depan Mazidol . Anak dara sunti Pak Imam yang desegani di kampung itu sering membuatkan Mazidol tak tidur malam . Bayang Zakiah sering melintas di mata Mazidol . Kulitnya yang putih , lemah lembutnya , manis senyumannya bukan sahaja membuatkan pemuda kampung terpikat , malah veteran perang yang kudung kaki pun memasang angan untuk mengahwininya . Makin lama , makin tidak keruan dibuatnya , bisik hati Mazidol .
Mazidol , seorang kaki lepak sepenuh masa di kampungnya memasang angan – angan yang tinggi untuk memperisterikan Zakiah . Umurnya sekarang lewat 20 an . Sudah sampai masanya untuk menikmati alam perkahwinan . Walaupun berkulit gelap , perut sebesar 3 biji Jabulani , bau ketiak persis mamak tak mandi 3 hari , tetapi tastenya tinggi . Paling kurang dia yakin yang wajahnya iras dengan Remy Ishak . Itu yang dicanangkan Mazidol kepada kawan – kawannya . Walhal , jangan dikata Remy Ishak , Markus penjaga gol Indonesia seribu kali lagi kacak darinya .
Dipendekkan cerita suatu malam Mazidol berdiskusi dengan dirnya sendiri . “ Macam mana aku nak ayat si Zakiah ni ? “ . Bisik hatinya sambil menggaru kepala . “ Kalau main pinang je ni , mentah – mentah kena tolak . Pak Bakri tu imam kampung ni , Si Zakiah tu pulak Ustazah , kalau kutu lepak macam aku ni sah – sah Pak Bakri tak pandang aku langsung . Ish ! ini tak boleh jadi ni ! “ Jerit Mazidol sambil menghentakkan kaki ke lantai tanda marah .
Google punya google , akhirnya Mazidol mendapat satu idea . Eureka ! Jerit Mazidol . “ Ini cara mesti Pak Bakri akan suka kat aku . Bila Pak Bakri dah suka , perlahan – lahan aku cucuk jarum ayat Zakiah . Dah bapak dia suka aku , anak dia boleh cakap apa kan ? haha ! “ . Seronok hati Mazidol mengenangkan pada rancangannya . Begitu yakin dia kali ini .
Jam sudah menunjukkan pukul 6 : 30 petang . Awal – awal lagi Mazidol sudah bersiap . Berjubah putih dan bercelak , serban tebal peninggalan arwah bapanya dililit rapi . Seluruh tubuh disembur minyak atar . “ Ada gaya imam muda aku ni . hehe . “ gelak kecil Mazidol melihat penampilannya . Ini merupakan taktik Mazidol untuk mengambil hati Pak Bakri . Dengan berpura – pura menjadi warak !
Sejak dari petang itu hari – hari Mazidol ke surau . Setiap waktu solat tak pernah dia terlepas . Apa juga aktiviti Surau dia mesti hadir . Majlis agama , qiamullail , malah majlis berkahtan pun asalkan melibatkan Pak Bakri , Mazidol mesti hadir . Sejak dari itu Pak Bakri semakin rapat dengannya . Di mata Pak Bakri , Mazidol adalah pemuda contoh di kampung itu . Melihat perlakuan Mazidul yang warak , hormat kepada orang tua , rajin , tidak sombong membuatkan Pak Bakri merasa Mazidol lah calon yang paling sesuai menjadi suami kepada Zakiah yakni menjadi menantunya . “ Pemuda seperti ini mesti mempunyai ilmu agama yang tinggi , mungkin suatu hari Mazidol akan ganti tempat aku menjadi Imam di kampung ini “ .
Dipendekkan lagi cerita , maka berkahwinlah Mazidol dan Zakiah atas permintaan Pak Bakri . Segala keperluan perkahwinan disponser oleh Pak Bakri . Mazidol hanya tersenyum lebar . Puas hatinya . Segala yang dirancang menjadi nyata . Kini Zakiah menjadi milikknya . Sakit hati pemuda kampung yang lain melihat Mazidol bersanding dengan Zakiah . Si Markus ini juga pilihan Pak Bakri .
Bersambung ..
No comments:
Post a Comment