Pagi tadi gua bangun je tidur , bersiap serba serbi , gua pun turun ke kedai untuk membeli sedikit bahan pelapis perut . Singgah sebentar gua di kotak peti surat berlabel A-03-10 . Dibelek ringkas , tersergam sepucuk sampul surat kuning tertera nama Mohd Asyraff Bin Abd Rajak . Heh , siapa pula yang mengirim surat kepada gua di zaman yang serba facebook ni ? Rupanya surat dari seorang peminat gua yang sedang menghadapi masalah . Begini bunyi isi kandungan surat tersebut .
Kehadapan Saudara Asyraff yang dihormati .
Nama saya Farah Alia . Saya seorang penuntut di salah sebuah Universiti ternama di ibu kota . Saya gemar membaca blog saudara . Jadi dengan ini saya ingin meminta pendapat bernas saudara ke atas permasalahan yang saya hadapi . Kerana saya yakin dan pasti yang saudara mempunyai cukup pengalaman untuk memberi pendapat agar dapat meringankan beban saya .
Begini , saya mempunyai seorang teman lelaki bernama Rizal . Orangnya baik , sopan santun . Beliau satu jurusan dengan saya di Uni . Masuk bulan puasa isnin ni cukup 3 tahun kami menjalinkan hubungan . Tetapi saudara , dalam masa yang sama , saya mencintai seorang lagi jejaka di Universiti saya . Nama beliau Haikal . Senior saya . Beliau juga amat perihatin kepada saya . Segala masalah saya beliau akan cuba selesaikan . Beliau juga pernah meluahkan perasaan pada saya . Tetapi saya keliru . Kerana dalam masa yang sama saya juga mencintai Pensyarah Bisnes Perdoginiti saya . Nama beliau Encik Hamid . Duda anak lima .
Encik Hamid juga sering meluahkan perasaan beliau kepada saya . Beliau berjanji akan mengahwini saya sejurus selepas saya menamatkan pelajaran . Perasaan saya bercampur baur . Ibarat melukut di tepian gantang . Saya tidak dapat memilih mana satu lelaki yang paling sesuai bertahta di hati suci saya ini . Tiba – tiba , 2 minggu yang lepas , jiran saya Hafiz pula meluahkan perasaanya pada saya . Hafiz seorang jurutera kosmetik di salah sebuah syarikat IT di Shah Alam . Saya memang rapat dengannya . Hafiz seorang yang penyayang . Dalam diam saya juga telah jatuh hati padanya . Sekali lagi saya menjadi keliru .
Yang sebenarnya saudara , saya juga telah bertunang dengan seorang pemuda di kampung saya sebelum saya melanjutkan pelajaran di ibu kota . Kamal nama tunang saya . Dia juga masih setia menunggu kepulangan saya setiap cuti semester . Saya juga berasa serba salah kepada dia . Jadi bagaimana saya boleh menyelesaikan masalah ini saudara ? Tolonglah saya . Saya sudah tidak tahu mahu berbuat apa . Saya harap saudara dapat memberi sedikit pendapat . Segala pendapat saudara amat saya hargai .
Sekian , yang benar Farah Alia .
Jawapan .
Hmmmm . Masalah saudari Farah tidaklah wadefak mana . Sebagai seorang yang memang hebat dalam permasalahan jiwa ini mudah bagi saya menyelesaikan masalah saudari . Beginilah , izinkan saya memberi pendapat ke atas permasalahan saudari di dalam bahasa penjajah .
Go fuck yourself and die .
Sekian .
No comments:
Post a Comment