25 Ogos 2011
Hari ini sangat perlahan . Cuaca perlahan . Pergerakan di sekeliling gua terasa perlahan . Degupan hati gua juga perlahan . Semuanya tenang . Sunyi . Diam .
Diam
Entah kenapa hari ini gua lebih memilih untuk diam . Bukan tidak bercakap , itu fitrah manusia . Cuma kurang dari hari yang biasa . Diam . Sampai gua boleh dengar setiap bunyi darah dalam kepala gua . Diam . Sampai gua boleh dengar setiap bunyi denyutan urat dalam kepala gua . Syukur .
Syukur
Kepada Allah s.w.t kerana setiap kurnia . Syukur kerana gua masih ada masa untuk segala – galanya . Syukur kerana gua masih melunaskan janji .
Janji
Setiap janji yang dilafaz itu tempatnya untuk dikotakan . Lambat , lewat . Tetap disetiakan dengan ikhlas hati .
Setia dan Ikhlas
Dua perkataan yang perbuatannya diancam kepupusan .
tafakur.
ReplyDeleteambik masa untuk analyze semua yang jadi.
:)
ReplyDeletehari lentok sedunia
ReplyDeleteMungkin la umie . Hari lentok sedunia hari ni .
ReplyDeletelove it. :)
ReplyDelete