Email gua terima beberapa hari lalu . Ini bukan gua reka . Ini betul punya gua dapat email .
Kepada All About Labu
Assalammualaikum. Nama abang Zack (bukan nama sebenar) dari Nibol Tebel, Pahang. Abang nak mintak pendapat Asyraff tentang permasaalahan cinta abang dengan kekasih hati abang.
Abang dengan Fatimah (bukan nama sebenar) mula mengenali sejak 3tahun lalu melalui Myspace. Dari situ kita saling kenal mengenali antara satu sama lain. Abang masih belajar di sebuah kolej di ibukota, manakala si dia sudah bekerja. Kita saling berkomunikasi melalui komen myspace dan bertukar nombor talipon. Kami mula sms dan berborak-borak tiap ketika dan waktu.
Masalah bermula apabila abang tidak sms si dia tanpa sebab, tiba-tiba, maksud abang kita tak bergaduh langsung. Hampir setahun kita tidak sms. Berjumpa tidak pernah sekali. Satu hari si dia ada menegur abang di myspace. Abang memberi respons kepadanya. Dari situ, kita kembali rapat seperti dulu. Makin lama abang makin sayang dengan dia. Dia juga begitu. Kita saling sayang menyayang. Satu hari dia ada ajak abang kawen. Abang terkesima tanpa memberi keputusan. Bukan apa, abang masih belajar dan tidak bekerja. Abang cuma ada motor honda petak je yang menjadi tunggangan abang. Abang tak yakin lagi sebab abang takda pekerjaan yang tetap bagi menjana institusi kekeluargaan. Lagi satu abang ada penyakit ghout. Abang taknak dia tahu dan taknak dia merana jikalau abang dah takde kat dunia ni lagi.
Abang harap, asyraff dapat menyelesaikan permasaalahan abang ni. Abang sayangkan dia, tapi abang takut tinggalkan dia. Abang harap naskhah jiwa lara abang ni akan tersiar dekat All About Labu.
Yang merana,
Zack
(Pesakit ghout/Pelajar)
Jawapan
Waalaikumussalam . Masalah abang Zack ni memang wadefak . Ni iblis mana hantar email kat gua tanya soalan macam ni . Tak mengapa , gua sporting , gua jawab mana yang mampu .
Macam ni abang zack . Bagi gua masalah abang zack ni tak berat mana . Dah dua – dua saling sayang menyangi , apa lagi tunggu . Lain la abang zack ni bertepuk sebelah tangan . Takan abang zack nak tunggu awek abang zack tu kena rembat baru abang zack nak menyesal ? Time tu dah terlambat la abang zack nak lepak tepi pantai pakai spek hitam , rambut belah tengah , duduk atas batu sambil layan lagu Kekasihku Diambil Orang dendangan kumpulan Lemon T .
Abang ni belajar dekat Giatmara ke ? abang cakap abang belajar dekat kolej dah sah – sah abang ni ambil Diploma atau Ijazah kan ? Dah 3 tahun takkan tak habis – habis lagi belajar ? repeat paper ke ? atau memang sel otak bengap dah makan sel – sel otak pandai ? Gua nasihat macam ni la , mungkin tak lama lagi abang habis belajar kan . Jadi abang suruh la awek abang tunggu barang setahun dua untuk abang membina kerjaya abang . Jurusan Diploma atau Ijazah insyallah akan ada masa depan gemilang menuggu di dalam era pekerjaan . Suruh awek abang sabar sikit . Boleh tu dia tunggu .
Masalah gout ni gua susah nak cakap la . Dah la abang eja penyakit abang sendiri pun salah . Memang orang ada gout ni efek dia jadi bengap nak eja penyakit sendiri ke ? Abang tak patut malu ada penyakit ni . Benda boleh bawak berubat . Jaga pemakanan tak silap gua . Ajal maut di tangan tuhan . Apa benda ni sangkut paut dengan masalah cinta abang ? Boleh je la kawin ada penyakit ni . Tok kadi tak mintak medical check pasal gout ni la . Lain la abang ni ada HIV positif . Yang ni abang settle sendiri la . Dah tua pun bodoh .
Apa yang gua boleh bagi pendapat adalah abang jumpa awek abang tu . Settle elok – elok . Pujuk mana mampu . Bawak bermusyawarah . Terangkan dekat dia situasi abang . Suruh dia bersabar dalam setahun dua . Perempuan ni hati dia cepat lembut . Kalau dia setuju , baguslah . Kalau dia tak setuju , nak buat macam mana . Suruh la dia cari bakal pengantin lelaki dia sendiri . Makna tade jodoh la tu . Tapi seboleh – bolehnya pujuk la sampai dia setuju .
Abang ni pulak belajar la elok – elok . Bawak makan Kismis Minda kasi kurang bengap otak tu sikit . Lepas habis belajar usaha cari kerja cepat – cepat . Dapat kerja bagus simpan duit . Lepas tu masuk meminang . Ko faham tak apa gua cuba cakap ni ?
Itu saja yang gua mampu jawab . Harap abang jangan terasa hati . Kalau abang nak tanya soalan lain pun boleh . Tanya pasal resepi masakan ke . Jangan segan hantar email kat gua . Kalau gua tak sibuk main Jenga gua cuba balas . Sekian .
Problem cinta je nama mesti Zack(bukan nama sebenar). Takde nama lain ke?
ReplyDeleteEh gua macam perasan satu benda la. Gua nampak macam iklan nuffnang. Oi lu sudah pasang iklan la. Ini boleh join Universiti Blogger Malaysia ni. Rakan blogger ke geng blogger ke. Kasi salam 3 calit sama itu Ben la. Kahkahkah
ReplyDeleteMana gua tau . Bukan gua yang reka sendiri . Mungkin pengaruh gila2 remaja kot .
ReplyDeletehaha . abaikan la iklan tu . apa benda ben2 ni ? ben 10 gua tau la .
ReplyDeleteDah pasang iklan nuffnang, boleh la buat vlog.
ReplyDeleteasshole vlog .
ReplyDeletekem salam kt abg zack kiter...ckp ade awek nk knal..nk bwak pi brubat gout dia tuh.
ReplyDeletexD
rhea ni awek abang zack ni ke ?
ReplyDeleteish..mana ade..
ReplyDeletesaya brsimpati dgn dia..