PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Sunday, August 7, 2011

Surat dari Cik Kalsom

Baru sebentar tadi gua dapat email lagi . Yang ni pun bukan gua reka . Real punya email . Tapi permasalahan dia ni lain macam sikit . Gua biasa selesaikan masalah pembunuhan misteri . Jadi kepada Cik Kalsom Sunyi , harap sedikit sebanyak dapat membantu ya .


Hai , nama saya kalsom ( bukan nama sebenar ) Sy tertarik dengan cerita-cerita awak di blog awak . Awk ni mesti kaki sound sebiji sebiji kan ? jadi sy harap awak ta sound sy mcm awk sound zack . saya bijak sikit dari zack . tade penyakit gout . Tapi mempunyai sedikit masalah . saya harap awk dapat bagi nasihat pada sy .

Sy ni ada masalah perkauman dengan binatang sikit . sy ni ada sekor kucing , sekrang ni kucing ni mengalami masalah kaki . i mean die tempang . kaki die mcm kene potong sikit . tapi luke di kaki dah kering dan elok . yang sy kesian kan , die jalan tempang sampai skg ni . mungkin die telah cacat utk seumor hidup die .

Lagi satu sy dah mula hidu penipuan kucing sy ni . minggu lalu sy nampak die mengejar seekor kucing betina . yang ajaibnye die berjalan dengan penuh macho dan tidak tempang . Bole di kate'n die nampak normal dan sangat tidak bermoral . die melakukan hubungan sumbang di tepi pokok . itu sy ta hairan la . sebab itu salah satu partime die . yang saya bengang , bile die masuk ke dalam rumah die akan akan jalan tempang semula . tempangnye sangat huduh .

Sy mula mengesyaki sesuatu . adakah die ni spisis alien yang mungkin menyamar ? entah la . sy bingung . Dan bile sy memberi whiskes die semakin sombong . Lagi terkilan , semalam die telah mencurii seekor ikan bawal . sy tidak bole memaafkan die , ikan bawal yg die curi itu sy baru sahaja goreng dan hendak di ratah ketika berbuka . ini membuatkan mood sy menjadi hiba . Sy hairan sgt . kenape die berubah mendadak mcm ni . kenape ? sedangkan dulu , whiskes itu adalah makanan kegemaran die . tolong sy encik labu . sy sayang kan die . saya harap awk boleh bagi pendapat tentang masalah sy and tips2 bagaimane ingin menjadikan die srpti sedia kala . sy harap awk bole menjadi dokter haiwan . Maaf , BM sy mase SPM dpt E .

Yang benar ,

Kalsom sunyi .


Jawapan

Hai Cik Kalsom . Sedap nama . Macam nama girlfriend pertama arwah atuk gua dulu . Tapi muka dia hodoh la . Itu sebab atuk gua kawin dengan nenek gua . Untuk pengetahuan Cik Kalsom , gua bukannya suka sound orang sangat . Tapi sifat ingin mendidik itu tinggi dalam jiwa gua . Manusia ni kita tak boleh la cakap baik – baik sangat . Kadang – kadang kena jugak maki sikit . Baru kesedaran itu terbit di ufuk hati . Faham tak ? Tak faham pun tak mengapa , gua peduli apa .

Berbalik kepada permasalah Cik Kalsom tadi . Masalah kucing ya ? Janganlah Cik Kalsom bimbang dengan masalah kucing Cik Kalsom ni . Menurut hemat gua , kucing Cik Kalsom ini memang sudah cacat . Memang betul dia tempang , seumur hidup . Dah boleh klaim duit SOCSO dah kalau kucing Cik Kalsom ni kerja kilang .

Janganlah Cik Kalsom meletakkan permasalahan ini kepada unsur – unsur sains fiksyen . Mungkin Cik Kalsom ini peminat Steven Spielberg agaknya . Tapi tolonglah , buat apa Alien nak menyamar jadi kucing ? Lepas tu ada nafsu pulak nak bersenggama dengan kucing betina dan bersusah payah mencuri ikan bawal goreng . Penyamaran jenis apakah ini ? Adalah lebih baik alien tu menyamar jadi K . Rajagopal . At least dapat jugak gelaran Dato ‘ . Kurafat betul la Cik Kalsom ni .

Insiden Cik Kalsom melihat kucing Cik Kalsom berjalan dengan macho ketika mengekori kucing betina itu adalah perkara normal dalam kehidupan makhluk di bumi . Cuba kalau ada lelaki tempang datang nak mengorat Cik Kalsom , agak – agak Cik Kalsom nak terpikat ke dengan orang macam tu ? akan timbul perasaan cinta tak ? perasaan kesian mungkin la. Begitu juga situasi kucing Cik Kalsom . Beliau tidak mahu dipandang hina oleh kucing betina tersebut . Jadi beliau terpaksa buat – buat macho untuk memikat kucing betina . Barulah kucing betina terpikat padanya . Biar muka tak hensem jangan kaki tempang . Setakat tahan sakit tempang sikit apa ada hal . Dan lepas tu yang projek tepi pokok tu gua malas nak explain .

Yang masalah whiskas tu gua tanak cakap banyak . Cik Kalsom ingat whiskas tu sedap sangat ke ? Iklan kat tv tu semua tipu je lah . Photoshop je tu . Lagi satu , ingat kucing Cik Kalsom tak jemu ke makan whiskas hari – hari ? Eh , lembu pun boleh jemu la hari – hari makan lalang . Sekali sekala nak jugak la rasa rumput kat Stadium Bola .

Jadi sejujurnya kucing Cik Kalsom tidak bermasalah . Cik Kalsom yang bermasalah sebenarnya . Cik Kalsom boleh menyayangi kucing Cik Kalsom seperti dulu dan terima seadanya ketempangan beliau . Cuba beli ikan bawal lebih lain kali . Kalau tade duit pegi pancing sendiri . Lagi satu , nasib baiklah Cik Kalsom cakap SPM Cik Kalsom dapat E , kalau tak gua dah syorkan Kismis Minda seperti mana Abang Zack . Alhamdulillah , dah tak bodoh dah orang tua tu .

Itu saja yang gua mampu jawab . Kurang lebih gua mintak maaf . Gua harap Cik Kalsom tak sunyi lagi lepas ni . Kalau sunyi jugak cuba main Jenga . Boleh tahan la seronok dia . Sekian .


6 comments:

  1. HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAAHAHHAHAHAAH....CIK KALSOM NI BOLE TAHAN BEBALNYE JUGAK YER !!!!!

    LEPAS NI ACAP BOLE SELESAIKAN MASALAH SEMUA HAIWAN .

    ReplyDelete
  2. Boleh tahan jugak la . Kecik2 dulu patut amalkan kismis minda . haha .

    boleh la sikit2 . masalah manusia lagi best sebenarnya . :P

    ReplyDelete
  3. dah sejak bila kau jadi pakar masalah ni?
    aku nak hantar email la camni

    ReplyDelete
  4. haa , tu la ko tak tau lama dah . hantar la email , apa ada hal .

    ReplyDelete
  5. haha! klaka ah..ni real ke rekaan? neway best la utk sy baca xD

    ReplyDelete
  6. real la dapat email . haha . oke tahnx . :)

    ReplyDelete