PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Thursday, September 22, 2011

Seni tak cintakan aku

Ketika ini gua sedang berada di Pasar Seni . Sebelah kedai Kraftangan Jawa . Merdu betul alunan klasik bunyi – bunyian jawa . Ambil mood Bali la konon . Gua tengah menunggu Sang Puteri . Di sebelah kedai Kraftangan Jawa . Hah ! itu pun dia . Melangkah perlahan betul – betul di hadapan gua . Ah , cantiknya dia . Senyumnya , wajahnya , gayanya , matanya , putihnya , suaranya , tawanya , sopannya . Itu semua indah . Lelaki mana tak cair dengan perempuan begini . Gua tak mampu menahan senyuman . Memang setiap kali berjumpa , gua tak lekang senyum . Begitu juga dia . Gua janji , gua dah set dekat minda , gua akan ingat moment ini . Sebab gua tak tau bila boleh jumpa dia lagi . Gua hargai setiap moment . Moment ….

Sedar – sedar gua dah memegang buku FIXI . Masih di Pasar Seni . Tapi di tingkat paling bawah sekali . Kedai Kraftangan Jawa itu di tingkat atas . Jarak masa ketika gua berada di kedai Kraftangan Jawa tadi dan kedai buku ni cuma 10 saat . Laju betul gua turun ke tingkat bawah . Yelah , yang sedang memegang buku ini badan . Yang menunggu di kedai Kraftangan Jawa tadi itu fikiran .

“Buku FIXI ialah syarikat penerbitan novel yang mula aktif pada tahun 2011 . Ia memberi tumpuan kepada karya – karya baru yang bersifat urban dan masakini . Nama syarikat diambil dari perkataan Indonesia “fiksi” yang diambil dari perkataan Bahasa Inggeris “fiction” yang diambil dari perkataan Perancis lama “ficcion” yang diambil dari Bahasa Latin “fictionem”….. Untuk menunjukkan yang tidak ada apa – apa yang original dalam dunia ini .”

Tulisan pada mukasurat pertama membuatkan gua terbeli buku “Kasino” terbitan FIXI . Bayar dan kemudian gua keluar dari Pasar Seni . Berjalan keluar dari Pasar Seni tak bermaksud gua berjalan keluar dari masalah . Masalah tu tetap ada . Berlegar – legar . Sekarang ni pun ada . Malas gua nak fikir . Malas jugak gua nak selesaikan . Tak mintak pun , tapi dia tetap datang . Macam tu lah lumrah masalah . Yang mencari masalah dia orang yang BAPOKSETAN .

Gedik itu perempuan . Semuslimah mana pun , perempuan tetap akan ada “gedik” . Lelaki gedik ? Jadi lelaki itu perempuanlah ? Tak , lelaki tetap lelaki . Konek tetap konek . Dibuang macam mana pun , lelaki tu pernah ada konek . Pengecut macam mana pun , lelaki tu tetap ada konek . Cuma lelaki gedik ni lelaki BAPOKSETAN . Selemah – lemah makhluk adalah bapok . Betul ni , gua tak tipu . Cis , bunyi macam prejudis . Prejudis pun kena dengan tempat lah kan .

Apa cerita Puteri tu tadi ? Entah , dia dah pergi . Dia bawak sekali dengan fikiran gua . Fikiran gua ada dekat dia . Sekarang ni , gua cuma badan tanpa fikiran . Macam mana manusia boleh hidup tanpa fikiran ? Itu gua tak tahu . Jangan tanya gua soalan tu .

“Acap , dah habis kelas ni , nak pergi mana ? atau nak balik rumah ?” . Entah , pergi la mana – mana tapi bukan rumah . Gua tanak balik rumah . Kadang – kadang ( selalu ) gua bertanya , “Siapa gua ni ?” atau “Gua ni siapa ?” . Memang tiada jawapan . Yelah , gua tanya pun dalam hati . Yelah , untuk mengelakkan dari tafsiran yang bukan – bukan . Untuk “cover” dari apa – apa sahaja tafsiran negatif . Bagi gua kalau untuk sesuatu soalan yang “penting” , cukuplah untuk gua bertanya sekali . Jika tiada jawapan atau tidak memberi jawapan , gua anggap benda tu dah habis . Habis kat situ . Sila tukarkan soalan lain . Tapi dalam masa yang sama , gua sedia dengar jika soalan itu hendak “dibuka” kembali .

Gua akhiri tulisan ini dengan cerita Sang Kancil dengan Sang Harimau .

Pada suatu hari , Sang Kancil pergi berjumpa Sang Harimau. Sang Harimau adalah sahabat baik Sang Kancil . – Tamat

*Sejujurnya ini adalah sebuah penulisan “cover”. Gua dah dapat cover semua benda .

No comments:

Post a Comment