PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Sunday, November 6, 2011

Cereka Celaka - Gua , Makcik gigih dan Tandas

2 minggu lepas gua ke Hentian Duta untuk pulang ke Kampung halaman bagi meraikan cuti Deepavali . Pelajar cemerlang macam gua memang tak akan melepaskan peluang cuti – cuti ringan macam gini . Setibanya gua di Hentian Duta gua pun membeli tiket . Gua rasa pelik sebab hari itu tiada pulak brader – brader tanya gua nak balik mana sambil promote naik bas power syarikat masing – masing . Lantaklah , semua tidur lagi kot sebab jam pun masih seawal 9.00 pagi . Hanya lelaki harapan terakhir bakal – bakal mak mertua di luar sana iaitu gua je sanggup bangun awal – awal pagi ni .

Selesai beli tiket gua pun ke kedai untuk minum . Teh tarik kurang manis dipesan . Ketika ini gua terfikir untuk memeriksa baki wang yang tinggal dalam dompet kulit kangaroo rekaan Gianni Versace berwarna hitam . Tinggal seringgit empat puluh sen je duit gua . Ah , cukuplah nak bayar teh tarik ni . Baki duit dalam akaun Maybank gua ada lagi 20 ringgit . Bas bertolak pukul 11.30 pagi . Lama lagi ni .

20 minit kemudian gua dah rasa bosan . Teh tarik pun dah habis ni . Tibanya masa untuk gua bergerak ke dewan menunggu berhawa dingin . “ Bro , teh tarik berapa ?” . Pertanyaan gua dibalas dengan jari ditunjuk 1 dan 5 . “Peh , seringggit lima puluh sen teh tarik ? mahal gila ! seringgit empat puluh sen dah la , gua tade duit kecik ni “. Balas gua dengan nada bengang . Mamak punya teh tarik pun seringgit dua puluh sen . Pundek punya Mat Indon .

Gua pun berlalu ke dewan menunggu berhawa dingin dengan perasaan kecewa kerana dizalimi sedemikian rupa . Setibanya di situ , gua pun duduk di kerusi hujung tepi belah kanan . Menyelak helaian demi helaian novel Dan Brown . Alamak , nak terkencing pulak ! . Sial , masa – masa macam ni la nak kencing . Duit satu sen pun tade dalam dompet ni . Nak tahan lama lagi ni nak bertolak . Nak sampai Ipoh pun 2 jam lebih ni . Takkan nak tahan . Peh !

Takpalah . Gua rajinkan diri ke mesin ATM . Satu – satunya mesin ATM di hentian duta ni . Masukkan kad bank , tekan nombor pin laluan , dan masukkan jumlah yang ingin dikeluarkan . RM 20.00 . “ Maaf , mesin ini hanya boleh mengeluarkan hanya wang kertas RM 50 sahaja “ . Pundek ! Tak guna punya mesin . Gua nak 30 sen je ni nak kencing . Tolong lah . “ Tak boleh , baki tak mencukupi “ . Aduh , macam mana ni . Nak terkencing sangat ni .

Habis segenap pelusuk dompet gua periksa . Satu sen pun tade . Naya ! Takkan nak tahan ? Mustahil . Gua kembali ke tempat duduk gua tadi . Sambil berfikir cara terbaik untuk meloloskan diri ke dalam tandas tanpa membayar . Kaunter tandas tu pun nampak seram je . Seorang makcik gigih menjaga kaunter dan menghalang setiap anasir yang tidak membayar untuk masuk ke tandas . Dan , gua dapat satu idea !

Gua bergerak kea rah kaunter yang dijaga oleh makcik yang gigih tadi . Dengan nada sopan gua berkata . “Makcik , tadi saya masuk tandas , lighter tertinggal la , nak masuk ambik lighter kejap”. Makcik gigih hanya mengangguk tanda setuju . Gua pun bergegas dan , FFFFUUUUUUUU LEGA ! . Lama pulak gua kencing nih . Ah , lantak la . Selesai hajat gua pun keluar sambil tangan memegang lighter yang diambil dari poket seluar .

“Ai , lama ambik lighter ? Mana lighter ?”, tegur makcik gigih . Gua pun menunjukkan lighter biru yang berada di tangan gua tadi . Makcik gigih merenung tajam muka gua . Tanpa berlengah , gua hayunkan penumbuk sulung ke muka makcik tersebut . Berpusing tiga kali . Kemudian gua angkat makcik tadi dan membuat teknik pedigree sebijik macam Triple H . Pecah kepala makcik tu . Gua belum puas , gua cekik leher makcik tu , kemudian dalam posisi berdiri gua bersedia untuk melakukan teknik chokeslam kepunyaan Undertacker .

Bergegar lantai bila gua hempaskan makcik gigih tadi . Puas hati gua . Kemudian tanpa rasa bersalah dan kecewa gua berlalu pergi dalam keheningan pagi .

-fin-


No comments:

Post a Comment