PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Friday, January 20, 2012

Razman Si Penoreh Getah

Malam ini sungguh gemuruh stadium kerana dibanjiri ribuan penyokong bolasepak . Rata – ratanya datang dari setiap pelusuk daerah . Berkumpul , bersorak untuk menyokong pasukan negeri . Tak kira jantina , tak kira umur , tak kira bangsa semua bergabung demi sukan yang bernama Bolasepak .

Razman tidak berkecuali . Lelaki berusia lewat 20-an ini melangkah masuk dari kaunter tiket menuju ke tempat duduk di dalam stadium . Perlahan pergerakannya . Tenang . Perjalanannya sedikit terganggu oleh asakan orang ramai yang kurang sabar untuk mencari tempat duduk yang selesa . Biar keras mana geseran bahu , Razman hanya diam . Dia tidak pernah sekali hendak melenting .

Setibanya di tempat duduk yang dipilihnya sendiri , dengan perlahan dia menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan sekotak rokok suria yang hanya tinggal 2 batang setengah . Yang setengah tadi lebihan semasa dia menunaikan hajat besar di tandas awan sekitar stesen bas . Suria bukanlah rokok kegemarannya . Tetapi sebagai seorang penoreh getah , membeli rokok Dunhill dan setara dengannya adalah tindakan yang kurang cerdik . Mahal dan cepat habis kata hati Razman .

Tinggal kurang lebih 20 minit sepak mula perlawanan bolasepak pada malam ini yang melibatkan pasukan negeri Razman menentang pasukan negeri dari pantai timur . Rokok suria yang tinggal setengah tadi disedut dalam – dalam oleh Razman . Ya , dia hanya berseorangan . Kalau tidak si Usop Salikon tadi ingin mengikut sekali , tetapi terpaksa membatalkan niat di saat akhir . Tiada siapa nak menuggu kedai katanya . Padahal Razman sudah tahu yang bini Usop tak benarkan dia ke stadium . Satu kampung tahu yang Si Usop ni takut bini .

Tetapi itu tidak mendatangkan masalah kepada Razman . Memang dia sudah biasa ke stadium berseorangan . Bukan macam orang lain . Ada yang datang dengan keluarga , kawan , sanak saudara , makwe . Bagi Razman dia selesa berseorangan . Biarpun seorang , dia tetap bersorak ketika pasukannya menjaringkan gol atau melakukan serang balas . Dia juga boleh membebel seorang diri ketika pasukannya kelihatan bangang . Bukan macam sesetengah orang , hanya bersorak ketika ada makwe berlongkang depan belakang lalu di kerusi stadium . Ataupun bersorak bila ada makwe berposing sakan depan camera DSLR .

Itu semua tak penting bagi Razman . Dia pun bukannya Ultras . Tak perlu menjadi Ultras untuk menyokong pasukan kegemarannya . Tak perlu membakar flare dan menyanyi lagu sepanjang perlawanan . Kalau pasukannya menang , razman akan memuji dari jurulatih sampai ke pemain di bangku simpanan . Kalau pasukannya kalah dan bermain bangang razman tanpa segan silu memaki hamun dari Jurulatih sampai ke budak milo . Kadang – kadang brader jual kacang di stadium itupun dimakinya . Baginya buat apa memuji pasukan kegemaran kalau pasukan itu bermain bangang dan kalah ? Kalau kalah tetapi bermain bagus itu lain ceritanya .

Razman bukan penyokong yang hanya akan ke stadium dan memuji pasukan bila menang . Kalau pasukannya kalah pun dia akan ke stadium juga . Tapi maki tetap maki ! Sokong tetap sokong ! Buat apa hendak menjadi hipokrit hanya kerana untuk gelaran penyokong paling setia dan paling sayang kepada pasukan sampaikan nak jilat bontot jurulatih dan pemain yang bermain bangang ?

Razman juga tidak mengejar populariti . Dia bukan menyokong pasukannya kerana ingin mengorat makwe yang sukakan lelaki yang tahu serba serbi pasal bola atau berlagak maskulin seperti lelaki yang handal bersukan . Dia hanya minat kepada sukan bolasepak dan menyokong pasukan negerinya . Ingin melihat bolasepak Malaysia lebih maju . Jadi perlu ada pro dan kontranya . Bukan bila disanjung senyum sampai ke telinga , bila dikeji sedikit melenting sampai ke media .

Bila – bila masa saja lagi perlawanan akan dimulakan . Kedua dua pasukan negeri sedang bersiap siaga di posisi masing – masing . Lamunan Razman terhenti . Dia membakar sebatang lagi rokok suria sebagai tanda penghormatan kepada perlawanan malam ini . Tersenyum sendiri Razman . Kerana pandangan dari penoreh getah sepertinya bukan boleh diterima pihak atasan . Lebih baik dia risaukan pasal cuaca esok pagi . Harap – harap tak hujan supaya dia boleh menoreh getah .

No comments:

Post a Comment