PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Saturday, July 6, 2013

Prolog

"Notis - notis harapan konon . Notis - notis harapan my ass !"

Nama aku Razif . Umur 28 tahun . Tiga bulan yang lepas aku bekerja sebagai pegawai insurans di sebuah syarikat insurans . Kerja dari pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang . Belum berkahwin dan tiada makwe . Duit boleh tahan banyak . Tidak mempunyai kereta kerana tidak pernah memandu kereta . Lagipun bagi aku  di Kuala Lumpur , untuk memiliki kereta personal ia adalah nonesense . Dari bersesak di atas jalan raya aku lebih rela bersesak di dalam pengangkutan awam . Sekurang-kurangnya aku tidak perlu keluarkan duit untuk kos servis pengangkutan awam tersebut .

Aku tinggal di Sentul , di sebuah pangsapuri . Tinggal seorang diri . Segalanya lengkap dengan perabot IKEA dan dekorasi moden . Hobi aku adalah jigsaw puzzle . Aku jarang keluar bersosial dengan kawan - kawan . Atau sebenarnya aku tiada kawan . Ataupun tiada orang yang mahu dijadikan kawan . Mungkin juga tiada orang yang mahu berkawan dengan aku . Entah . Aku okay je . Janji rumah aku ceria dan moden untuk aku rasa ceria dan moden . Kehidupan aku tenang . Kesannya aku rasa kosong . 

Tetapi segalanya berubah dengan mendadak bila aku berkenalan dengan seorang gadis . 

Melati a.k.a Mel .




No comments:

Post a Comment