PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Monday, August 15, 2011

Cereka Celaka : Diari Seorang Gangster

Nama aku Bosran bin Kamal . Umur 32 tahun . Masih bujang . Dan aku seorang gangster berpangkat Bos . Anak buah aku ramai . Sekali missed call 3 bas sampai . Aku memang digeruni di Kuala Lumpur . Sebut sahaja namaku , 3 bas jugak sampai . Sentul Timur , Sultan Ismail , Plaza Rakyat , Chan Sow Lin , Hang Tuah , Pudu , Bandar Tun Razak , Sri Petaling semua aku dah langgar .

Kalau nak tahu aku punya samseng , sampai makan pun tangan kiri , basuh berak tangan kanan . Punyalah samseng . Bawak kereta tak pernah ikut peraturan . Lampu merah aku jalan , lampu hijau aku berhenti , lampu kuning aku parking melintang . Gangster la katakan .

Kehidupan seharian sebangai seorang gangster tidak banyak beza dari orang biasa . Bangun pagi , aku akan bukak laptop . Kemudian aku online facebook , like status awek – awek yang cun dan komen dengan ayat – ayat yang sweet . Selepas itu aku on pulak Twitter . Retweet tweet dari Nora Danish kemudian aku log out . Aku dan Dragon .....

“ Bos ! Bos ! “

Siapa pulak yang panggil aku tengah bercerita ni ?

“ Sudah - sudah la tu menipu budak – budak , ni ada 3 lagi simen nak kena bancuh ni ? Bosran , Bosran , pantang nampak budak – budak semua hang nak tipu .”

“ Yelah ! yelah ! “ . Baik adik – adik semua . Abang nak sambung buat kerja . Nanti ada masa abang cerita lagi kat korang semua ye .

-Fin-


No comments:

Post a Comment