PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Tuesday, August 16, 2011

Seketika di kedai buku

Petang tadi gua ke kedai buku tidak terkenal di sekitar Ipoh . Baru selesai membeli tiket pulang ke Kuala Lumpur pada hari Khamis . Lama juga tak membeli buku . Bahan bacaan di internet semuanya korup . Niat kali ini ingin membeli buku agama . Berkaitan sejarah dan hal ehwal semasa . Hati gua setuju membeli buku Zulqarnain tulisan Afareez Abd Razak . Selalu sangat membaca berkaitan Humoris dan politik berat . Kali ini tukar angin .

Semasa mebelek memilih buku gua terdengar perbualan 2 orang brader di dalam kedai yang sama . Entah apa yang dibahaskan . Tetapi gua berjaya mencuri dengar sebaris ayat .

“ Obsesi yang melampau kepada pembacaan akan mendorong kita untuk menulis . “

FFFUUU , power , power .

2 comments: