PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Tuesday, May 21, 2013

Dia adalah kawan kepada kawan aku

Dia ( baca gadis ) adalah kawan kepada kawan aku . Bermula dari Khairul , berlink-an kepada Raimi . Dia juga berkawan dengan Faruki yakni kawan lama aku semasa bersekolah asrama . Kawan perempuannya  Lina , Lisa dan Fatin . Kawan kolejku . Ah , berapa banyak rantaian makanan yang berlink-an dia ?

Dulu , aku hanya nampak wajahnya di Facebook . Di dalam album tagging oleh rangkaian kawan yang aku sebutkan tadi . Aku tidak pernah mahu ambik tahu . Bijakkah dia ? Apa falsafah hidupnya ? Musik kegemarannya ? (walaupun hal yang satu ini boleh aku agak sendiri) Inspirasinya ? Tokoh kegemarannya ? Pasukan EPL mana yang diminatinya ? Apa konspirasinya ? Adakah dia mahu menakluk dunia ? . Ah , itu semua terlalu deep . Yang aku tahu dia cute .

Hari berganti hari , bulan berganti bulan , kawan berganti lawan , sayang berganti benci , aku masih tidak ambil peduli tentang dia . Aku sibuk . Sibuk dengan kehidupan yang sebelah sana . Sibuk dengan impian ( baca mimpi ) . Tiba satu fasa aku bencikan Facebook . Aku palatkan dan aku buka Twitter . Dalam kata basi aku ni pelarian . Pelarian my ass !

Dia ( baca gadis ) adalah kawan kepada kawan aku . Bermula dari Khairul , berlink-an kepada Raimi . Dia juga berkawan dengan Faruki yakni kawan lama aku semasa bersekolah asrama . Kawan perempuannya  Lina , Lisa dan Fatin . Kawan kolejku . 

Selepas itu aku hanya nampak wajahnya di Twitter . Di dalam kawasan timeline bunga bungaan , di dalam kotak segi empat berbucu bulat wangi wangian . Ya , kali ni juga aku sibuk . Sibuk menekan butang "follow" di profile dia . Aku tahu dia bijak , aku tahu falsafah hidupnya , agakkan aku betul tentang musiknya ,  aku tahu inspirasinya , aku kenal tokoh kegemaranya , aku tahu dia bencikan bolasepak , aku join konspirasinya dan aku bantu dia menakluk dunia . Ini deep !

Dia cute dan garang kamu tahu .

Dia ( baca gadis ) adalah kawan kepada kawan aku . Bermula dari Khairul , berlink-an kepada Raimi . Dia juga berkawan dengan Faruki yakni kawan lama aku semasa bersekolah asrama . Kawan perempuannya Lina , Lisa dan Fatin . Kawan kolejku . 

Itu dulu . Sekarang dia adalah kawan kepada Shamy , Kimi , Allisa , Claudia , dan Faruki . Semua nama yang tadi tidak berlink patah balikan kepada aku . Kecuali Faruki . Setan jugak iblis Faruki ni .

Kini dia di Instagram dan Keek . Di Instagram dia sibuk memuat naik gambar makanan , pakaian , tempat lepakan dan Si Setan Faruki . Di Keek dia sibuk membuat video tentang makanan , pakaian , tempat lepakan dan Si Setan Faruki . Di Twitter penuh dengan caci makian .

Dia cute dan garang tetapi dia hilang .



No comments:

Post a Comment