Thursday, June 6, 2013

Kelangsungan hidup dan realiti yang pahit

Hari ini aku banyak termenung . Bosan . Aku ke ruang cafe untuk membakar tembakau cukai . Memang sepatutnya tidak boleh merokok dikawasan ini , tapi aku peduli apa . Bila merokok berseorangan ni , aku jadi pemerhati . Otak aku jadi tajam menafsirkan visual yang diterima dari mata . Tiba-tiba aku teringat perbualan malam semalam antara aku dan housemateku , Fazli .

Ketika itu aku sedang sibuk memilih gambar perkahwinan client yang sesuai untuk diedit . Fazli keluar dari biliknya kemudian perlahan duduk disebelahku . Dari riak wajahnya aku tahu yang dia mahu bertanyakan sesuatu . Tetapi aku biarkan dia membuka perbualan kerana aku belum ada mood .

   "Hang tahu kan aku nak berhenti kerja ? ", suara Fazli mencelah sebaik sahaja anjing diluar rumah berhenti menyalak .
   "Aku tahu tu , hang nak berniaga , nak bukak bisnes , nak jadi kapitalis , haha . Kenapa tanya ?".
   "Aku belum pasti bisnes apa yang aku nak buat ni".

Aku jadi pelik kenapa Fazli berkata demikian . Dia pada asalnya bekerja sebagai Juruteknik di kilang berdekatan rumah sewa kami . Pada aku itulah jawatan berdasarkan kelulusan diplomanya . 4 tahun bekerja , dia mula bosan , hilang arah . Gajinya bukan kecik anak , kalau kena dengan timingnya boleh cecah 3k . Untuk orang bujang berumur 26 tahun , angka gaji sebegitu boleh dikira lumayan . Boleh pakai kereta luar negara, boleh sailang makwe mata duitan . Tetapi dia memilih untuk meletakkan jawatan dan mahu berniaga . Tidak mahu lagi bekerja di bawah telunjuk orang . Mahu keluar dari dunia shif 12 jam , mahu mulakan hidup baru , mahu indie !

   "Hang tanya apa ni ? Aku ingat hang dah ada plan nak berniaga , bukan hang ada buat bisnes mesin air kecil-kecilan ke letak dekat tempat awam ? Buatlah bisnes tu ". Aku cuba terangkan apa yang aku tahu tentang aktiviti part time Fazli .

Fazli hanya diam , diambilnya rokok 2 batang . Satu diletakkan di bibirnya , satu dihulurkan kepadaku . Batu lighter bergeseran dan muncung rokok dibakarkan . Aku kasi timing kepada Fazli 2-3 sedutan ataupun 4-5 untuk dia menjawab persoalan .

       "Itu bisnes part time . Aku maksudkan bisnes long term . Mesin air tu kira side income aku. Cuma sekarang ni aku tengah fikir bisnes apa yang aku nak jalankan secara full time. Contoh orang bukak kedai kek , hari-hari dia akan duduk di kedai tu jual kek . Itu pendapatan utama dia".
        "Aku faham cho. Erm, kakak hang dekat Kolumpo tu bukak bisnes dobi guna mesin tu kan ? Bukak la kedai dobi macam dia , boleh belajar selok belok bisnes dobi dari dia". 
        "Mesin dobi tu modal dia besar, dekat 50 ke 80 ribu. Mesin dia mahal. Aku ada modal dalam 10 ribu je. Aku tengah fikir apa bisnes yang boleh aku buat dengan 10 ribu ni".
        "Biasa orang buat bisnes ni melalui apa yang diorang minat atau pakar. Macam orang yang minat sukan, dia boleh bukak kedai jual alatan sukan. Orang yang minat atau pakar menjahit dia akan bukak kedai baju. Orang yang tak tahu apa yang dia minat tapi masih nak berniaga orang tu akan bukak kedai runcit. Tapi yang aku tahu orang berniaga ni memang mahu untung . Kalau benda dah jadi pendapatan utama kan , mestilah mahu keuntungan. Jadi hang kena pilih cabang niaga yang hang minat , dan boleh memberi keuntungan yang bagus".

Fazli hanya mengangguk tanda setuju . Aku membuang puntung rokok ke dalam bekas abu kemudian menghirup kopi yang aku buat 2 jam tadi . Peh tak sedap ! Sejuk . Aku memandang Fazli . Dia hanya diam semacam tengah berfikir . 

           "Apa yang hang minat ?" . Aku tanyakan soalan kepada Fazli .
           "Aku minat melukis".

Kali ini aku hanya terdiam , begitu juga Fazli .  Jawapannya itu seolah-olah membunuh perbualan pada malam itu . Aku cuba juga untuk melanjutkan perbualan sepatutnya , tetapi ... entah . Kadang-kadang ada sesuatu yang membuatkan kita menjadi kelu . Ironinya apakah sesuatu itu ?

Aku bangun dengan perlahan menuju ke arah meja disebelah televisyen . Kucapai kotak rokok dan kuambil isinya sebatang . Aku menuju ke luar rumah dan menyalakan penyambung nyawa . Sunyi , anjing pun dah mati agaknya malam ni . Esok pagi aku kena pergi kerja lagi . Kena melalui sesak jalanraya . Duduk di ofis yang ada aircond . Bila pelawat datang aku memberi penerangan tentang tempat yang menarik di negeri Perak . Jika tiada pelawat , aku duduk termenung di depan komputer . Biasanya aku lebih banyak termenung di depan komputer dari memberi penerangan . Cukup masa aku punchcard dan balik .

"Bukan hang sorang sahaja yang tak boleh buat benda yang hang minat Fazli" .


1 comment:

  1. memang pun amat..tak suma minat kita dpat buat..

    ReplyDelete