PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Friday, June 21, 2013

Biru atau Merah

     Panggg ! Bunyi pintu deras ditendang .  Kelihatan dua susuk tubuh lelaki hendak dikata sasa tidaklah juga , hendak dikata kurus pun tidak , sedang-sedang saja meluru masuk terus ke meja utama di dalam bilik . Mereka secara tergesa-gesa mengeledah setiap laci meja seperti mencari sesuatu . Sesuatu yang amat mustahak . Meraka berpakaian seragam serba hitam dan dilengkapi segala peralatan canggih ketenteraan masakini .
    "Mana diorang letak bom tu !", jerit salah seorang dari meraka . Namanya Ali , tidak pasti apa pangkatnya .
      "Pengganas bijak macam ni takkan meletakkan bom di tempat yang mudah untuk dicari Ali , cuba kau fikir sikit babi ! ", herdik rakan setugas kepada Ali , namanya Abu . Seperti Ali , Abu juga tidak dapat dipastikan apakah pangkatnya .
      "Cuba kita pecahkan dinding disebalik gambar Vladimir Putin tu". Kali ini Ali menggunakan otak .
     Perlahan keduanya mendekati gambar berbingkai perak tersebut . Abu menjatuhkan gambar itu dan terus memecahkan dinding berbata merah . Dinding itu tidaklah setebal mana . Kerana sebelum itu sudah ada orang lain yang menebuknya dengan teliti untuk menyembunyikan sesuatu . Kelihatan sebuah objek berbucu empat tersembunyi disebalik batu bata yang telah ditebuk tadi . Berwarna kelabu dan di atasnya berkelip lampu LED dan juga jam digital yang sedang menunjukkan masa , masa yang semakin kesuntukkan , masa yang dikira secara ke bawah .
      "Fuck , dinamit !". Sekali lagi Ali menjerit .
    "Fuck , sekali lagi kau jerit macam tu , aku tak teragak sumbat dinamit ni dekat lubang bontot kau !". Balas Abu menahan marah.
    "Chill bro chill , benda yang kau pegang tu bom , timing bomb . Bukan dildo bodoh !", balas Ali sedikit tegang .
      "Ok , sekarang ni kita ada masa dalam ... erm lama lagi , 30 minit . Apa punya cepat kita buat kerja ni Ali ? Pasukan penghapus bom jenis genius macam apa kita ni ? Orang kalau nak matikan bom biar last minute , baru ada elemen kejutan . Ini awal sangat ni.".
     "Bodoh , buat je la kerja kau" . Ditamparnya kepala Abu yang lengkap dengan topi keselamatan sesuai dengan tugas mereka sebagai pasukan penghapus bom .
     "Sekarang ni macam biasa , ada banyak wayar dekat bom ni . Yang lain ni semua dummy , dua ni saja wayar yang betul disambungkan dari dinamit ke jam masa ni", terang Abu bersungguh .
      "Habis tu ? Wayar mana satu yang nak kena potong ni ?", tegur Ali cemas .
     "Ermmm , biru . Eh kejap , merah kot .Wayar ni pergi ke sini dan pusing....... . Aku tak pasti", jawab Abu serius.
     "Woi celake ! Apsal tak pasti pulak . Benda ni kau kan pakar ? Apa benda yang tak pasti pulak?", kedengaran suara Ali sedikit ... goyang .
     "Rilek , selalu wayar yang betul-betul connect ke jam ialah wayar utama yang melalui litar ni , tapi aku tengok dua-dua wayar ni bersambung ke arah jam dan dinamit .Tak boleh potong dua-dua terus , mesti salah satu", balas Abu .
      "Kenapa ?"
     "Woi pundek ! Takkan aku nak cerita panjang lebar dekat kau sekarang ni ? Tak habis cerita bom ni dah meletup macam mana ? Parking kereta dekat luar tu sape nak bayar ? Aku guna tiket sejam je . Karang tak pasal-pasal kena saman", suara Abu sedikit tinggi .
     "Baiklah , aku tanak kena saman . Sekarang ikut kau la nak potong yang mana asalkan tak meletup", jawab Ali .
     Kedua-duanya senyap . Abu mengerutkan dahi tanda dia sedang berfikir . Mungkin ini pengalaman pertamanya berhadapan dengan situasi seperti ini . Memilih bukannya senang . Tambah yang melibatkan masa depan atau perkara yang kita tidak tahu akan akibatnya . Perbuatan kita menghasilkan akibat , akibat pula menghasilkan kejayaan , atau .... kegagalan . 
      "Dah habis fikir ke ?", Ali bertanya kepada Abu kerana dilihatnya jam sudah tinggal 15 minit sahaja lagi untuk dinamit itu meletup.
      "Belum . Bapak payah aku nak buat keputusan ni . Agaknya ini kot perasaan yang Gerrard rasa waktu Jose Mourinho melamar dia ke Chelsea semasa zaman emas The Blues dulu . Sangat payah !"
      "Ermm , habis tu Gerrard blah la ke Chelsea ?", tanya Ali .
     Ali merupakan peminat bolasepak tempatan yang tidak pernah ambil tahu pasal dunia bolasepak luar . Hanya yang dia tahu pasal Selangor , Perak , JDT dan Harimau Malaya . Semuanya tempatan . Kebaikannya dia adalah seorang penyokong bolasepak tempatan yang setia dan patriotik . Buruknya pulak , player Malaysia clear bola ikut arah testis masing-masing pun tetap clear yang bagus padanya . Permainan dari defend long ball terus ke striker adalah taktik yang bagus padanya . Patutlah player tengah Malaysia serupa bangang .
       "Tak , Gerrard tak blah . Dia stay dekat Liverpool . Dia Red Man yang setia", jawab Abu semangat.
       "Chelsea biru, Liverpool merah , jadi kau stick dengan keputusan Gerrard la , pilih warna merah.".
       "Berguna jugak otak kau ni Ali . Baik, aku pilih wayar warna merah.".
       Dengan cermat Abu mengambil cutter . Muncung cutter disuakan kepada wayar warna merah , warna darah , warna semangat dan warna Liverpool . Kelihatan Abu sukar untuk memotong wayar tersebut . Dicubanya beberapa kali , tapi wayar tersebut tetap tidak terputus .
       "Celaka apa punya degil wayar ni nak putus ? Jenis kalau manusia wayar ni mesti ada pusar dua dekat kepala," bicara Abu panas .
        "Jangan-jangan ini wayar Manchester United tak ? Merah jugak kan warna jersi dia ?"
        "Boleh jadi , pukimak punya setan merah !".
        "Habis tu macam mana ? Nak potong wayar biru ?"
        "Entah , aku tak pasti la."
      "Tak payah potong la . Nak buat apa potong ? Nak selamatkan pejabat Dato' ni ? Sape Dato' ni ? Kalau rumah kita nak kena bom dia ada susah payah nak selamatkan kita ke ? Rumah orang rosak kena banjir pun belum tentu dia nak perbetulkan . Pergi mampus la . Biar je la bangunan ni meletup . Kau tak payah pilih warna biru ke merah ke . Biar je . Jom ikut aku pergi jamming", idea Ali membuatkan Abu tersenyum sinis . 
      "Main lagu Silverchair ?" balas Abu .
      "Balun !!"
     Kedua mereka berjalan keluar dari bangunan tersebut tanpa memotong seurat wayar pun dari dinamit. Abu menampar-nampar bahu Ali tanda gembira . Begitu juga Ali , ketawa sambil membuat aksi orang sedang memukul cymbal drum . 10 minit kemudian bangunan 5 tingkat itu runtuh secara slow-mo dialuni lagu Where is my mind dendangan kugiran The Pixies .

-FIN-


No comments:

Post a Comment